Assalamua'laikum kepada pendudok Kulim Bdr Baharu.
Saya pohon maaf kerana terpaksa mohon cuti daripada tuan\puan hingga awal Jun kerana perlu buat persiapan bagi kes petisyen pilihanraya yang telah difailkan oleh Dato Aziz Fadir dari UMNO\BN yang akan dibicarakan pada 27,28 & 29 Mei dan dijangka bersambung sehingga selesai.
Kes akan dibicarakan di hadapan YA Dato Balia Yusof bin Wahi, Hakim dari P.Pinang tapi bersidang di Mahkamah Tinggi Alor Star. Aziz mendakwa saya tidak layak bertanding atas alasan tidak memfailkan Penyata Belanja Pilihanraya 2008 menurut Seksyen 23 Akta Kesalahan Pilihanraya.
Insya-Allah saya akan buktikan melalui dokumen dan saksi bahawa saya telah memfailkan Penyata tersebut. Jadi seminggu dua ni saya akan sibuk dengan petition ini termasuk berbincang dengan peguam dan lain-lain.
Insya-Allah saya akan maklumkan perkembangan kes ini dari masa ke semasa. Saya harap tuan\puan dapat mendoakan kemenangan saya. Alhamdulillah Tok Guru Nik Aziz sudi membuat solat hajat dan doa utk saya. Moga ALLAH mengampuni kita dan memberkati usaha dan perjuangan kita yang tak seberapanya ini. Oleh kerana itu saya tak dapat balik ke Kulim Bandar Baharu hingga selesai kes ini. Bagaimanapun wakil saya akan cuba membantu tuan\puan semasa ketiadaan saya. Untuk sebarang urusan sila hubungi Pusat Khidmat Rakyat di alamat yang tertera di blog http://zul4kulim.blogspot.com/.
Wassalam
Zulkifli Noordin
0 comments:
Post a Comment