Monday, May 26, 2008

Alahai Media Kerajaan

Jangan bangang | Sunday, May 25, 2008 | Penarik Beca

Utusan Malaysia hari ini bangga sungguh melaporkan kenyataan bangang "Kuasa Singapura terhad - Nelayan kita kini bebas memasuki Middle Rocks selepas 22 tahun dihalang". Wahh, rupa-rupanya kuasa Singapura terhad di Middle Rocks dan South Ledge.

Di Pulau Batu Puteh? Malaysia ada kuasa?

Bangga sangat kuasa orang yang terhad. Kuasa sendiri yang sudah tidak ada, dia tidak peduli pun.

Orang kuatkan kuasa tentera dia sibuk nak menceceh fasal nelayan sudah boleh pergi tangkap ikan di sekitar Rocks dan South Ledge. Nak kata dia bangang, nanti dia marah pula. Kalau dah marah orang kata bangang, janganlah bercakap macam orang bangang.

Dia juga kata, keputusan ICJ juga sekali gus mengingatkan Singapura bahawa mereka kini tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenangnya di Pulau Batu Putih dan kawasan perairannya kerana kedudukan pulau itu yang terlalu hampir dengan Middle Rocks menuntut republik itu supaya lebih berhati-hati.

Ini betul-betul macam cerita orang kalah bertumbuk. "Aku jerkah dia betul-betul. Terdiam dia". Memanglah orang tu diam. Hang tak cerita pulak sambil orang tu diam, dia bubuh muka hang dengan tujuh lapan biji penumbuk. Tu lah, kalau kata bangang dia marah.

Dia tak rasa malukah bila Singapura tergelak terguling-guling dengan kenyataan seperi itu.

Kepada sesiapa yang berkenaan, kalau nak redakan rasa tidak puas hati rakyat pun, janganlah buat kenyataan bangang. Surat khabar pula janganlah ambil kenyataan dari si bangang. Kalau tak ada yang tak bangang yang bercakap, lagi baik tulis berita batu jalan digilis lori.

Berita Harian hari ini pula melaporkan, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin yang memberi hak kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tidak harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Semua pihak, katanya, juga diminta tidak menyalahkan sesiapa atas keputusan itu dan menerimanya dengan hati terbuka walaupun ia mengecewakan. Wahh! Kalau pihak dia yang gagal, jangan politikkan... Sambil itu, jangan tak baca "The Pulau Batu Puteh Case: A Strategic Disaster for Malaysia"

# Kalau dah bangang pun.. jangan la ajak orang lain ikut bangang sekali..

0 comments: