Saya telah menerima jawapan bertulis daripada YAB Perdana Menteri dalam soalan lisan yang saya kemukakan membabitkan gaji, emolumen, elaun dan kos berkaitan 3 orang Penasihat YAB PM iaitu:
1.
2. Penasihat Agama Islam YBhg Tan Sri Abdul Hamid Othman;
3. Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial YBhg Dato’ Shahrizat Abdul Jalil;
YAB Perdana Menteri memberi Jawapan berikut:
1. Penasihat Petronas: RM15,000-00 sebulan (tak termasuk kemudahan yang disediakan saperti kos kakitangan, pejabat, logistic dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya);
2. Penasihat Agama Islam: RM27,163-00 sebulan (dan RM18,643-25 untuk gaji/ elaun kakitangan);
3. Penasihat Wanita: RM33,727-20 sebulan (tak termasuk gaji/elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA).
Ini bermakna kos untuk menanggung ketiga-tiga Penasihat ini untuk setahun berjumlah RM1,134,401-
Saya menegaskan bahawa ini merupakan satu penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat sedangkan kita mendengar rintihan rakyat miskin samada yang disuarakan dalam Parlimen atau diluar di Semenanjung, Sabah dan
Sedangkan wang rakyat berjumlah RM1.34j ini boleh menanggung seorang anggota polis selama 12,371 bulan atau 1,030 tahun (pada gaji RM900-00 sebulan). Wang RM1.34j ini boleh membina 36 buah rumah untuk rakyat miskin pada kadar RM25,000-00 sebuah rumah.
Mengapakah perlu wang rakyat sebanyak RM1.34j ini dibazirkan kepada dinasour UMNO, pupusan Wanita UMNO dan golongan pencen UMNO. Tidakkah rakan-rakan komponen UMNO didalam BN terutama dari Sabah & Sarawak berasa amanah rakyat dikhianati dengan pembaziran seumpama ini. Tidakkah kakitangan kerajaan, polis tentera yang menggadai nyawa, guru-guru, pak tani, nelayan, penoreh getah, orang-orang kampong berasa terhina dengan pembaziran wang sebegini banyak hanya untuk memenuhi nafsu serakah politik UMNO yang menggunakan wang rakyat seolah-olah wang makbapak mereka!
Kita berdoa semoga rakyat tidak kira apa bangsa dan agama akan celik mata melihat sandiwara keangkuhan dan kesombongan rejim UMNO/BN ini. Semoga suara rakyat akan bangkit untuk mendapatkan kebenaran & keadilan dan menghapuskan rejim UMNO/ BN ini.
Yang memperjuangkan hak rakyat
Zulkifli bin Noordin
Khamis: 02 Jamadil Akhir 1429 / 08 Mei 2008
0 comments:
Post a Comment