Rakyat juga sangat tertipu dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri yang pernah mengumumkan bahawa minyak tidak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum tetapi ternyata ianya tidak benar bahkan kerajaan menaikkan harga pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah kenaikan harga minyak negara.
Datuk Shahrir Samad turut membohongi rakyat apabila menegaskan bahawa minyak akan dinaikan pada bulan ogos tetapi hanya beberapa hari selepas ucapannya , minyak dinaikkan pada 4 jun baru - baru ini.
Ini adalah kenaikan harga minyak bagi kali yang ke 7 dalam tempoh 5 tahun . Persoalannya kenapa Kerajaan tidak bersedia untuk berkongsi untung minyak dengan rakyat.
Jika sebelum ini , kenaikkan harga minyak pada kadar 3o sen disebut sebagai untuk meningkatkan mutu Pengangkutan Awam , kelihatan kali ini kerajaan masih mengekalkan alasan yang sama dengan peningkatan mendadak harga minyak tersebut. Apakah ini hanya satu sandiwara kerajaan untuk terus memperbodohkan rakyat .
0 comments:
Post a Comment