Saturday, April 26, 2008

Makan nasi lemak...

Jom makan nasi lemak..
Hari ini, kommuniti Taman Perak Indah berpakat masak nasik lemak kat belakang umah Ghazi.. jom kita pakat pi makan...

Tapi semalam ada cerita lagi best.. semasa kaum ibu pakat2 dok bincang pasal nak masak nasik lemak pagi ni, tetiba je datang ler polis peronda. Polis tu tengok macam ada yg tak kena jer sebab semua kaum ibu je, tak kan ler kaum ibu ni nak buat perhimpunan haram kot.. seperti mana yg diadukan..

Nak buat macam mana keje kena buat gak, maka polis tu pun tanya gak ler. 'Dok wat pe tu?, kami dapat aduan dari jiran kata ada perhimpunan haram kat sini...' Ha ha ha nak tergelak gak bila dua tiga orang dok pakat bincang sal nak masak nasik lemak pun ada 'JIRAN' yang gi buat aduan kat polis. Mangkok betul la 'JIRAN' tu.. Kalau dia yang tak mau campur ngan orang pun tak kan la sampai report polis kot...

Ada jugak lagi 'JIRAN' macam ni kat dunia ni... Sapa la 'JIRAN' yang polis tu bagitau, kalau la aku tau sapa 'JIRAN' tu leh gak gi pakat gelak... ha ha ha

2 comments:

myMiGrasi said...

sapa la jiran tu... cian kat dia sakit otak..

Anonymous said...

Bila ada masalah hati camtu le jadinya...klu dia tu join pun kita orang no hal punya...biasa le...klu x nak campur pun duduk le diam2. Jgn le buat hal. Mkn le nasi campur kat dlm umah tu.. Walhal dot..dot..dot..

Moral dari cerita ni..

-Jgn mengkosmetik kan diri sedangkan orang dah tahu wajah sebenar kita.

-Buat sesuatu biarlah ikhlas ngan Tuhan bukan ngan manusia.

-Hidup biar bermasyarakat bukan semua nak sekat2.

-Jgn buatkan org bertepuk tgn dgn kebodohan kita.

From:
lestari